WAKIL DAERAH DI SELURUH MALAYSIA DIPERLUKAN SEGERA. HUBUNGI TALIAN PANAS KAMI 019 737 4915

Thursday, 1 November 2012

Susu Kambing


SUSU KAMBING DAN KEPENTINGANYA DALAM HIDUP KITA
Selalunya, apabila menyebut susu, kita sering membayangkan susu lembu. Walhal susu kambing lebih tinggi manfaatnya dan khasiat jika dibandingkan dengan susu lembu. Dari segi proses penghadaman, susu kambing lebih mudah dihadamkan kerana molekul lemaknya yang lebih kecil.

Jika dilihat dari segi khasiatnya, susu kambing tidak kalah dengan susu lembu. Salah satu sebab kurangnya minat untuk mengamalkan minum susu kambaing adalah disebabkan tanggapan bahawa ianya boleh menyebabkan darah tinggi dan 'panas'. Hakikatnya, susu kambing sebenarnya berfungsi menstabilkan tekanan darah, jantung dan banyak lagi. Tapi berapa peratus masyarakat dunia tahu akan manfaat susu kambing!

Susu kambing sebenarnya mengandungi kandungan gizi lengkap dan baik untuk kesihatan. Ianya tidak mengandungi beta-lactoglobulin iaitu penyebab alahan yang boleh menyebabkan asthma, masalah pernafasan, radang telinga, infeksi kulit dan gangguan saluran pencernaan. Susu kambing mempunyai tindak balas alkali yang memberi faedah pada mereka yang mempunyai masalah asid terlalu banyak dalam perut dengan cara menipiskan asid hidroklorik perut dan melindungi membran mukus di permukaan lapisan perut dari rosak.


SEJARAH SUSU KAMBING

Nabi Adam a.s
Bermulanya Human Civilisation (tamadun manusia) Habil & Qabil menternak kambing dan ianya merupakan ternakan haiwan pertama di dunia.

Nabi Ibrahim a.s
Merupakan penternak kambing yang agung. Terdapat 12,000 ekor anjing yang menjaga kambing-kambingnya. Berlaku peristiwa sedekah (kambaing) yang terbesar dalam sejarah Islam.

Nabi Isa a.s
Juga menternak kambing. Wujudnya Bani Israel - bangsa Yahudi (satu bangsa yang dikenali cerdik). Mengamalkan minuman susu kambing sehingga ke hari ini.

Peristiwa Israk Mikraj
Nabi Muhammad SAW telah disediakan dengan tiga jenis minuman oleh Jibrail iaitu Arak, Madu dan Susu. Baginda memilih susu. (Minuman yang terbaik di dunia selepas susu ibu)


Nabi Muhammad SAW
Di antara jenis minuman yang biasa diminum oleh Rasulullah SAW adalah susu kambing segar yakni langsung diminum sesudah diperah dari kambing (kisah Abdullah Bin Mas'ud pada masa remaja, menggembala kambing milik Uqbah Mu'aith) dipetik dari tulisan Dr Indah Krisanti-Alhikmah.com

Mahatma Gandhi
Tokoh sejarah India, Mahtma Gandhi pula minum segelas susu kambing setiap pagi dan malam sebagai amalan hariannya. Penganut agama Hindu mengamalkan minu susu kambing bertujuan untuk meningkatkan daya ingatan, juga di dalam amalam perubatan mereka.

Puteri Maharaja China
Puteri-puteri Maharaja China pada zaman dahulu juga mengamalkan minum susu kambing dan sering berendam didalam susu kambing untuk menjaga kecantikan mereka.



MENGAPA SUSU KAMBING?
Susu terbaik selepas susu ibu
Tidak menyebabkan alahan
Menguatkan sisitem imunisasi tubuh
Bersifat alkali
Meningkatkan daya kepekaan, tumpuan dan ingatan
Melancarkan sistem penghadaman dan usus
Membantu mengubati kanser, demam kuning, gastrik, ulser, asma (lelah), penyakit kulit dan masalah sukar tidur
Membantu merawat sengugut, darah tinggi, lemah jantung, kencing manis, batuk kering, gout dan lain-lain
Mengimbangi gula dalam darah dan kolesterol
Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, gigi, otot, sendi, kulit dan tisu saraf)
Tidak menyebabkan kahak
Memulihkan tenaga batin
Awet muda



SUSU KAMBING vs SUSU LEMBU
* Tidak mengandungi Protein Kompleks (Alpha-casein & Beta-casein Protein) - penyebab utama alahan
* Kandungan gizi dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu:
*Protein 2.1 kali ganda *Zat Besi 2.0 kali ganda *Vitamin A 3.8 kali ganda *Kalsium 2.2 kali ganda
*Potassium 2.1 kali ganda *Garam Galian 2.0 kali ganda *Selenium paling tinggi berbanding semua jenis susu
* Kandungan Asid Lemak Rantaian Pendek dalam susu kambing lebih tinggi berbanding susu lembu
* Molekul Lemak dalam susu kambing lebih halus & mudah dihadam berbanding susu lembu
* Proses pencernaan untuk susu kambing hanya memerlukan 20 minit sahaja berbanding susu lembu yang memerlukan 2 jam
* Sama seperti susu ibu pH susu kambing beralkali berbanding susu lembu yang asidik

SUMBER NUTRIEN SUSU KAMBING
* Tenaga * Protein * Lemak * Karbohidrat * Gula * Kalsium * Zat Besi * Vitamin A
* Vitamin B1 * Vitamin B2 * Vitamin C * Vitamin D * Vitamin B12 * Asid Folik
* Inositol * Sodium * Potassium * Selenium

MEMPERKENALKAN

Al-Sunnah Susu Kambing

No comments:

Post a Comment