WAKIL DAERAH DI SELURUH MALAYSIA DIPERLUKAN SEGERA. HUBUNGI TALIAN PANAS KAMI 019 737 4915

Thursday 8 November 2012

Uniknya Susu Kambing

Susu Kambing Satu Pengeluaran Biological Yang Unik

Prof. Dr. T. K. Mukherjee, Prof. of Genetic and Dean,Institute of Advanced Studies, University Malaya, Kuala Lumpur

Ia adalah satu tanggapan umum di seluruh dunia bahawa masalah kesihatan manusia boleh dibantu dengan khasiat penghadaman dan pemulihan daripada susu kambing yang luas biasa. Tokoh sejarah seperti CLEOPATRA dan MAHATMA GANDHI memulakan hari-hari mereka dengan segelas susu kambing yang segar dan meminum segelas lagi sebelum masuk tidur disebelah malamnya. Perubatan ini tetap unggul, akan tetapi penggunaannya meningkat mendadak sekali disebabkan faktor alam sekitar.

Keistimewaan Susu Kambing

Untuk Pesakit Tuberculosis Dan Pesakit Dalam PemulihanSusu kambing membekalkan lemak sebagai pembakar dalam badan, protin untuk pertumbuhan otot, karbohidrat untuk tenaga dan zat zat galian untuk pembinaan badan.

Untuk Rawatan Gastrik Ulser
Susu kambing mengawal sepenuhnya asid hidroklorik dalam perut, mengekalkan kekuatan pesakit dan meminimumkan ketegangan otot yang dijangkiti.

Untuk Kes-Kes Penyakit Kulit
M.D. Superintendent General Hospital Toledo di Ohio U.S.A., George Dermitt menggunakan susu kambing untuk kanak-kanak di hospital yang mengidap penyakit eksima (kegatalan pada kulit) dan mendapat keputusan yang cemerlang.

Untuk Pembentukan Kulit Dan Produk KecantikanSusu kambing mengandungi asid Nikotinik yang boleh menolong dalam fungsi pengcernaan, meningkatkan kesihatan pada kulit dan kelihatan cantik dan berseri.

Untuk Perkembangan Bayi Dan Kanak-Kanak
Vitamin A dalam susu kambing menolong pembesaran bayi dan kanak-kanak serta zat galian yang terkandung dalam susu kambing boleh mengimbangkan metabolisma, membina tulang dan gigi serta menolong dalam pembinaan sel-sel darah dan tisu-tisu badan.


Untuk Sakit Puan
Pengambilan susu kambing yang kerap menolong wanita mengembalikan zat besi semasa kedatangan haid setiap bulan, kekurangan darah (anemia), penghamilan atau pendarahan semasa penghamilan serta pendarahan yang banyak selepas bersalin (pendarahan postpartum).

Untuk Orang Berumur
Kandungan kalsium dan potasium dalam susu kambing menolong mencegah osteopotosis atau kerapuhan tulang.

Untuk Mengawal Metabolisma Kolestrol
Susu kambing mengandungi ensismi, vitamin dan zat galian yang boleh menolong mengawal metabolisma kolestrol.

Untuk Meringankan Penyakit Lain seperti:

Asma

Masalah hati

Radang Sendi

Batuk

Rasa letih dan lesu

Ulser

Bronkis

Menghilangkan bau mulut

Tidak ada selera makan

Buasir

Muntah-muntah

Sinus (hidung sensitif)

Cerit-berit

Ulser

Melancarkan pengedaran darah dan mengelakkan sakit kepala

No comments:

Post a Comment